Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 24 Februari 2011

BETULKAH KITA DIHARAMKAN BERCINTA SEBELUM KAHWIN???

Cinta adalah perasaan asas yang ada pada setiap jiwa manusia.Manusia pada kebiasaannya mahu disayangi dan mahu pula berkongsi perasaan sayang dengan individu lain.Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang perlu bermasyarakat.Untuk mewujudkan keluarga dan masyarakat,manusia perlu berkembang-dalam konteks lain beranak pinak-untuk sama-sama memakmurkan dunia yang dianugerahkan Allah ini.Justeru Allah menghiaskan pada manusia yang bergelar lelaki meminati perempuan dan harta benda.

Islam adalah agama yang realistik.Islam bukan satu kerohanian dan keperibadatan yang sempit.Islam adalah satu sistem hidup.Hal ini demikian kerana Allah mengkehendaki agar manusia sentiasa hidup dalam sistem yang ditentikan-Nya.

Oleh kerana satu daripada nikmat yang disediakan oleh Allah bagi manusia ialah nikmat hidup berpasang-pasangan, lalu Allah menyediakan bersekali satu aturan bagaimana untuk menjalinkan perasaan cinta antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang disebut sebagai hukum nikah kahwin.

Islam melarang daripada mendekati zina.Larangan mendekati zina bukan hanya ditujukan kepada kaum laki semata-mata.Kedua-dua minat ini perlu diselaraskan melalui perkahwinan secara sah, maka dengan itu kedua-dua minat itu dinikmati dengan penuh tanggungjawab dan mendapat keredhaan Allah.

Selain itu perkahwinan itu akan membuangkan perasaan takut dan menimbulkan perasaan tenang yang disebut sebagai sakinah.

Seorang laki boleh mengenali seorang perempuan dan mencintainya, tetapi sayugia diingat, layanlah kedua-dua minat yang saya sebutkan tadi dengan kehendak syarak..Rasulullah bersabda,"Tiada cinta sebenar yang wujud diantara pasangan melainkan cinta yang wujud di dalam pernikahan."

1 ulasan: