Dalam suatu perjalanan,Imam Ghazali dan kafilahnya telah ditahan oleh segerombolan perompak. Seluruh barang dan harta benda mereka dirampas. Imam Ghazali memohon dengan rendah hati kepada ketua perompakagar dikembalikansemula begnya yang berisi kitab-kitab. Kata imam Ghazali, dia menyanyangi kitab-kitab tersebut.
Ketua perompak itu bertanya,"Apakah isi-isi kitab ini?"
Imam Ghazali menjawab,"Ilmu".
ketua perompak itu bertanya lagi,"kalau kitab ini hilang, bererti hilang lah ilmu?"
balas Imam Ghazali,"ya. kalau kitab ini hilang,bererti hilanglah ilmu.Kerana itu aku amat menyanyangi kitab ku.."
Ketua perompak memandang wajah Imam Ghazali, kemudian menyoalnya,"Apakah harganya ilmu kitab ini?"
Kata ketua perompak itu benar-benar mengejutkan Imam Ghazali. Ia menyedarkan beliau tentang suatu perkara penting yang selama ini diabaikan.Sejak itulah Imam Ghazali menghafal seluruh ilmu didalam kitab yang dimilikinya.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan