Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 25 Februari 2011

TIGA KELOMPOK MANUSIA PADA HARI KIAMAT...

Tahukah anda bagaimana keadaan manusia pada hari kiamat kelak?Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah pernah bersabda, yang maksudnya,"pada hari kiamat kelak,manusia dikumpulkan dalam tiga kelompok, yakni kelompok yang berjalan kaki,kelompok yang menunggang kuda dan kelompok yang berjalan dengan mukanya.."
lalu Baginda ditanya,"Wahai Rasulullah, bagaimana mereka berjalan diatas muka sendiri?"
Jawab Baginda,"sesungguhnya Zat yang menjalankan mereka diatas telapak kaki tentu berkuasa menjalankan mereka di atas muka sendiri dan mereka boleh melakukannya tanpa sebarang masalah."
Maksud hadis ini ialah kelompok yang berjalan kaki adalah orang mukmin yang berbuat dosa. Kelompok yang menunggang kuda ialah orang mukmin yang bertakwa dan tidak pernah susah hati serta ketakutan.Smentara yang berjalan atas muka sendiri ialah orang kafir...

Khamis, 24 Februari 2011

BETULKAH KITA DIHARAMKAN BERCINTA SEBELUM KAHWIN???

Cinta adalah perasaan asas yang ada pada setiap jiwa manusia.Manusia pada kebiasaannya mahu disayangi dan mahu pula berkongsi perasaan sayang dengan individu lain.Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang perlu bermasyarakat.Untuk mewujudkan keluarga dan masyarakat,manusia perlu berkembang-dalam konteks lain beranak pinak-untuk sama-sama memakmurkan dunia yang dianugerahkan Allah ini.Justeru Allah menghiaskan pada manusia yang bergelar lelaki meminati perempuan dan harta benda.

Islam adalah agama yang realistik.Islam bukan satu kerohanian dan keperibadatan yang sempit.Islam adalah satu sistem hidup.Hal ini demikian kerana Allah mengkehendaki agar manusia sentiasa hidup dalam sistem yang ditentikan-Nya.

Oleh kerana satu daripada nikmat yang disediakan oleh Allah bagi manusia ialah nikmat hidup berpasang-pasangan, lalu Allah menyediakan bersekali satu aturan bagaimana untuk menjalinkan perasaan cinta antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang disebut sebagai hukum nikah kahwin.

Islam melarang daripada mendekati zina.Larangan mendekati zina bukan hanya ditujukan kepada kaum laki semata-mata.Kedua-dua minat ini perlu diselaraskan melalui perkahwinan secara sah, maka dengan itu kedua-dua minat itu dinikmati dengan penuh tanggungjawab dan mendapat keredhaan Allah.

Selain itu perkahwinan itu akan membuangkan perasaan takut dan menimbulkan perasaan tenang yang disebut sebagai sakinah.

Seorang laki boleh mengenali seorang perempuan dan mencintainya, tetapi sayugia diingat, layanlah kedua-dua minat yang saya sebutkan tadi dengan kehendak syarak..Rasulullah bersabda,"Tiada cinta sebenar yang wujud diantara pasangan melainkan cinta yang wujud di dalam pernikahan."

ANIMAL PICTURE...



lawati blog saye....

Rabu, 23 Februari 2011

APAKAH HARGANYA ILMU ITU??...MENARIK NIH...JOM BACA...

Dalam suatu perjalanan,Imam Ghazali dan kafilahnya telah ditahan oleh segerombolan perompak. Seluruh barang dan harta benda mereka dirampas. Imam Ghazali memohon dengan rendah hati kepada ketua perompakagar dikembalikansemula begnya yang berisi kitab-kitab. Kata imam Ghazali, dia menyanyangi kitab-kitab tersebut.


Ketua perompak itu bertanya,"Apakah isi-isi kitab ini?"
Imam Ghazali menjawab,"Ilmu".
ketua perompak itu bertanya lagi,"kalau kitab ini hilang, bererti hilang lah ilmu?"
balas Imam Ghazali,"ya. kalau kitab ini hilang,bererti hilanglah ilmu.Kerana itu aku amat menyanyangi kitab ku.."

Ketua perompak memandang wajah Imam Ghazali, kemudian menyoalnya,"Apakah harganya ilmu kitab ini?"
Kata ketua perompak itu benar-benar mengejutkan Imam Ghazali. Ia menyedarkan beliau tentang suatu perkara penting yang selama ini diabaikan.Sejak itulah Imam Ghazali menghafal seluruh ilmu didalam kitab yang dimilikinya.....

IslamicFinder: Accurate Prayer Times, Athan (Azan), Mosques (Masjids), Islamic Center, Muslim Owned Businesses, Hijri Calendar, Islamic Directory worldwide.

IslamicFinder: Accurate Prayer Times, Athan (Azan), Mosques (Masjids), Islamic Center, Muslim Owned Businesses, Hijri Calendar, Islamic Directory worldwide.

lawati blog saye....

Free code to add Prayer times, Hijri calendar and Islamic directory to any website.

Free code to add Prayer times, Hijri calendar and Islamic directory to any website.

lawati blog saye....

Selasa, 22 Februari 2011

APAKAH YANG LEBIH BERAT DARIPADA LANGIT??

Suatu hari, Saiyidina Ali telah ditanya oleh seorang sahabat mengenai berbagai-bagai soalan,iaitu"Apakah yang lebih berat daripada langit?Apakah yang lebih luas daripada bumi?Apakah yang lebih kaya daripada lautan?Apakah yang lebih keras daripada batu?Apakah yang lebih panas daripada api?Apakah yang lebih dingin daripada zamharir(benda yang paling dingin)?Apakah yang lebih pahit daripada racun?"




Jawab Saiyidina Ali, "berbuat dusta itu lebih berat daripada langit.Kebenaran lebih luas daripada bumi. Hati yang menerimma dengan redha dan ikhlas lebih kaya daripada lautan. Hati orang munafik lebih keras daripada batu.Penguasa yang menyeleweng lebih panas daripada api.Meminta daripada orang yang tercela lebih dingin daripada zamharir. Adu domba pula lebih pahit daripada racun...."

Selasa, 15 Februari 2011

my music.m3u - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - my music.m3u

my music.m3u - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - <a href="http://www.4shared.com/audio/ouPxpjSm/my_music.html" target="_blank">my music.m3u</a>

lawati blog saye....

BACALAH......JANGAN TAK BACA....


assalamualaikum....
sudah sedia maklum....keterangan daripada hadis Rasulullah bahawa kebanyakan ahli neraka ialah wanita.....

 
Disini saya sedia maklum bahawa salah satu penyebab wanita ke lembah neraka ialah mengenai aurat mereka....video diatas akan dipertunjukan dosa-dosa yang kita leka dan tidak sedar akan dosa kita...
janganlah kita leka....kerna ia akan melipatgandakan dosa-dosa kita.....akhirnya ia akan menjerumus mereka ke dalam NERAKA JAHANNAM.....
untuk pengetahuan anda semua,disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu kepada kalian...kita tidak sedar bahawa musuh-musuh Islam diluar sana bertungkus lumus untuk menjatuhkan Islam dipersada dunia


 
kita mungkin tidak mengetahuinya.....padahal mereka sekarang sedang mengatur strategi untuk menjatuhkan ISLAM......
melalui facebook misalnya....anak-anak gadis sepatutnya menjaga aurat mereka dan tidak mendedahkannya pada tatapan umum.....
Hal ini demikian...Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud( apabila wanita telah baligh haram bagi mereka mendedahkan aurat kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan..)
Jelaslah bahawa mendedahkan aurat HARAM hukumnya...tetapi mengapa masih ramai mempamerkan pelbagai gaya di laman sosial facebook....

 

Wahai umat Islam sedunia...ingatlah kalian bahawa dahulu Islam sangat digeruni malah pernah menakluki 2 per 3 dunia....subhanallah..!!!!!sedarkah kita Islam sekarang berada di tahap mana....???dahulu semangat dalam memperjuangkan Islam sangat tinggi...,..dimana sanggup berjihad dijalan ALLAH.....fi sabilillah...










lihatlah dan hayatilah video dibawah......betapa perkasanya Islam suatu ketika dahulu.......




berjihad habis-habisan......!!!!!!
tanpa mengenal erti takut atau mengalah.........
TAKBIR!!!!!




ALLAHUAKBAR!!!!!






janganlah kita menghancurkan agama ISLAM.....wahai anak bangsa sekalian.....
marilah kita bina kekuatan untuk menegakkan ISLAM seperti suatu ketika dahulu......












AKHIR SEKALI......BERINGATLAH ANDA SEBELUM DUNIA INI DITAKLUKI OLEH MUSUH ISLAM......MEREKA SEDANG MERANCANG....DAN HANYA TUNGGU MASA SAJA UNTUK MEREKA TAKLUKI DUNIA INI......










Salam kemaafan dihulurkan....serba sedikit ilmu saya curahkan........




WASSALAM.......

Khamis, 10 Februari 2011

SEKADAR UNTUK RENUNG- RENUNGAN BERSAMA........

Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian.Suami dan anknya pergi bekerja di kebun berdekatan.Sedang asyik sibuk menyediakan makanan tgh hari,datang 3 org tetamu yg begitu tua memberi salam di hadapan rumanya...
Setelah menjawab salam,dia berkata,"saya tdk dpt menjemput tuan-tuan masuk ke dalam rumah, kerana suami saya tiada.Sudikah tuan-tuan duduk di halaman sementara menunggu suami saya pulang?"
Salah seorang drpd mereka berkata,"tidak mengapa,biar kami tunggu di luar sahaja..."

Sejurus suami pulang,mereka bersalaman dan para tetamu memperkenalkan diri masing2..
"Saya kekayaan,"kata laki pertama
"saya kejayaan,"kata laki kedua
"dan saya kasih sayang", ujar laki tua yg terakhir...tetapi salah seorang drpd mereka berkata"hanya salah seorang drpd kami akn masuk ke dalam".
"jadi kami terpaksa memilih salah seorang drpd kalian bertiga???"
"ya!!!",jawab mereka..".tunggu kami berunding dahulu"...pinta tuan rumah.




si isteri berkata"kita pilih kekayaan supaya kita tdk akn hidup susah lagi..kita boleh beli apa yg ada di dunia ini..."
"tidak kita pilih kejayaan.Dengan kejayaan,kita pasti ada harta.."kata si suami.
Muncul ank mereka dari arah belakang.."tidak ayah mak...pilihlah kasih sayang,kerna saya rasa bahagia dan gembira apabila ibu dan ayah menyayangi saya..,walaupun kita hidup sederhana tetapi kita bahagia...."
kedua ibu bapa tersentak dengan pandangan si anak yang begitu murni.
"Baiklah kita akan menjemput kasih sayang masuk ke dalam rumah kita,"kata si ayah...
"tuan-tuan sekalian,kami mengambil keputusan untuk memilih kasih sayang masuk ke dalam rumah."
"kami memohon maaf tdk memilih kejayaan dan kekayaan untuk masuk ke dalam rumah..."
maka tetamu kasih sayang masuk ke dalam rumah diiringi kekayaan dan kejayaan...
tuan rumah tersebut terkejut lalu bertanya"mengapa kejayaan dan kekayaan masuk bersama,sedangkan kami harus memilih salah seorang drpd kalian?"
"anakku jika kau memilih kasih sayang bererti kau menjemput kejayaan dan kekayaan.sudah menjadi prinsip kami,kami akn pastikan ke mana sahaja kasih sayang pergi,kami akan mendampinginya."



Mendengar yang demikian,si suami, isteri dan anak mereka tersenyum gembira...
ALHAMDULILLAH!
 





pengajarannya:
dengan kasih sayang kita mampu untuk memperoleh kekayaan dan kejayaan bersama...wallahu'alam...